Terma Perkhidmatan
Dikemas kini: November 2025
1. Penerimaan
Dengan menggunakan DSIE Deploy ("Perkhidmatan") di dsie.tech, anda bersetuju dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan Perkhidmatan.
2. Perkhidmatan
DSIE Deploy menyediakan platform untuk men-deploy web app statik (HTML, CSS, JavaScript) ke subdomain di bawah app.dsie.tech. Setiap akaun berbayar boleh memiliki sehingga 100 projek dengan had 50MB setiap projek.
3. Akaun & Pembayaran
- Pendaftaran memerlukan alamat emel yang sah.
- Akses kepada dashboard adalah berbayar mengikut pelan yang dipilih.
- Akses diaktifkan selepas pembayaran disahkan dan sah untuk tempoh pelan.
- Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun anda.
4. Kandungan Dibenarkan
Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan yang di-deploy. Kandungan berikut adalah dilarang:
- Kandungan haram, penipuan (phishing/scam), atau malware
- Kandungan yang melanggar hak cipta atau hak harta intelek pihak lain
- Kandungan lucah, fitnah, atau yang menggalakkan keganasan
- Sebarang aktiviti yang boleh membahayakan infrastruktur kami
Kami berhak menggantung atau memadam projek/akaun yang melanggar syarat ini tanpa notis.
5. Had Liabiliti
Perkhidmatan disediakan "sebagaimana adanya". Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data, kerosakan, atau kerugian yang timbul daripada penggunaan Perkhidmatan. Kami mengesyorkan anda menyimpan salinan projek anda sendiri.
6. Penamatan
Akses anda tamat apabila tempoh langganan berakhir. Projek mungkin dinyahaktifkan selepas tempoh tamat. Kami berhak menamatkan akaun yang melanggar terma ini.
7. Perubahan
Kami boleh mengubah terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan ketara akan dimaklumkan melalui laman ini.
8. Hubungan
Sebarang pertanyaan mengenai terma ini boleh diajukan kepada admin melalui halaman Tentang Kami.